Tuesday, March 3, 2009

Kutbah Wida' Wasiat Nabi Muhammad (s.a.w.)

Pendaftar.Com - Gabungan Pendaftaran Dan Bantuan Membina Halaman Web Anda demi mengesakan Allah swt.

Kutbah Wida’ (Kutbah Terakhir,)

Wasiat Nabi Muhammad Rasulullah (s.a.w.)

“Wahai sekelian manusia, dengarlah kata-kataku ini, sebenarnya aku tidak tahu berkemungkinan aku tidak akan menemui kamu sekelian selama-lamanya selepas tahun ini.

1. Sesungguhnya darah kamu dan harta kamu adalah haram ke atas kamu sama seperti haramnya hari kamu ini di bulan kamu ini dan bumi kamu ini

2. Ketahuilah bahawa semua perkara mengenai urusan jahiliah tertanam di bawah kaki ku ini, darah-darah jahiliah yang mula-mula tertanam darah jahiliah yang mula-mula sekali ku hapuskan ialah darah ibn Tabiah bin Harith, kejadiannya terjadi di mana beliau di bunuh semasa sedang mengambil susuan dari ibu susuannya Banu Saad,

3. Dan juga riba jahiliah dihapuskan, riba pertama yang ku hapuskan ialah riba Abbas bin Abdul Mutalib, malah kesemua dihapuskan sama sekali.

4. Bertaqwalah kamu kepada Allah demi melaksanakan hak kaum wanita, lantaran kamu telah mengambil mereka sebagai isteri dalam bentuk amanah Allah,

5. kamu halal berseketiduran dengan mereka melalui sebutan nama Allah (Bismillah),

6. dan kaum wanita berkewajiban menjaga supaya tidak seorang pun manusia yang kamu benci dibenarkan masuk ke bilik kamu.

7. Sekiranya mereka berbuat demikian maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak parah,

8. Ke atas mereka, kamu berkewajipan memberi rezeki dan pakaian dengan baik.

9. Dan sesungguhnya telah ku tinggalkan pada kamu sesuatu di mana kamu tidak akan sesat selepas ini seandainya kamu berpegang dengannya ia itu kitab Allah.

10. Wahai sekelian manusia, sesungguhnya tiada nabi selepas ku ini dan tiada umat lain selain dari kamu,

11. Beringatlah supaya kamu menyembah tuhan kamu, tunaikan fardu sembahyang (sholat) lima waktu,

12. Berpuasalah kamu di bulan Ramadhan,

13. Tunaikan zakat harta kamu dengan penuh kerelaan jiwa raga kamu,

14. Tunaikanlah haji ke rumah Tuhan kamu dan

15. Taatlah wali pemerintah kamu nescaya masuklah kamu ke dalam syurga Tuhan kamu.

Kamu semua akan ditanya esok mengenai perihal diriku, maka apa yang nak kamu jawab?

Maka kata mereka semua: “Kami menyaksikan bahawa engkau telahpun menyampaikan, menunaikan dan menasihati kami.”

Dengan mengangkat jari telunjuknya ke arah langgit dan berkata ke hadapan orang ramai : “Ya Allah Ya Tuhanku Persaksikanlah, Ya Allah Ya Tuhanku Persaksikanlah, Ya Allah Ya Tuhanku Persaksikanlah.

Adapun yang bertanggungjawab melaungkan dan menyampaikan ucapan Rasullullah kepada orang ramai seramai lebih kurang (144,000) seratus ribu empat-puluh empat ribu orang di padang Arafah ialah Rabiah bin Umaiyah bin Khalaf. Sebaik sahaja selesai Rasullah menyampaikkan ucapannya itu maka turunlah firman Allah Surah Al-Maidah ayat 3:

yang bermaksud:
“Di hari ini Ku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Ku lengkapkan ke atas kamu nikmatKu dan Ku meredai bagi kamu Islam sebagai ad-Diin”.

Dalam satu riwayat yang lain Baginda bersabda di dalam ucapan yang bermaksud:

“Ingatlah tiada siapa pun melakukan kesalahan kecuali kesalahan itu mengena ke atas dirinya. Dan beringatlah tiada siapa pun melakukan kesalahan ke atas anaknya dan tiada siapa pun di kalangan anak-anak melakukan kesalahan bapanya.

Ingatlah bahawa Iblis - Syaitan itu telah berputus asa dari ianya disembah di negeri kamu ini, tetapi ia akan memperolehi ketaatan dari kamu melalui kerja-kerja kamu yang kamu memperkecil-kecilkannya. Dengan itu Iblis-syaitan akan bersenang-senang dengannya.”


Di hari penyembelihan ia itu hari kesepuluh Zulhijjah, selepas waktu Duha Baginda membuat satu ucapan dari atas kelakang baghalnya, (Syahba) manakala Ali bin Abi Talib melaungkan suara yang kuat menyampaiknya kepada orang ramai.. Di dalam kutbahnya ini Baginda telah mengulangi beberapa perkara yang telah Baginda ucapkan kelmarin.


al-Syaikahan (dua orang Syeikh al Hadith: Al-Bukhari dan Muslim) telah meriwayatkan dari Abi Bakarah dengan katanya: Bahawa Rasulullah (s.a.w) telah menyampaikan kepada kami di hari al-Nahr – (penyembelihan Qurban) dengan sabdanya:

“ Sesungguhnya masa sudah pun beredar ke pangsinya yang asal menepati dengan putaran di hari penciptaan langit dan bumi: Setahun dua belas bulan, empat darinya bulan haram, tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam, manakala sebulan lagi ialah bulan Rejab (Mudhar), yang berada di antara Jamadil-akhir dan Sya’aban.

Sabdanya lagi: Ini bulan apa?
Jawab Kami : “Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui,”
Rasulullah (s.a.w) diam seketika hingga kami menyangka Baginda akan menamakanya dengan suatu nama yang lain.
Bukankah ini bulan Zulhijjah?
Jawab kami Bahkan.
Tanya baginda lagi: Negeri ini negeri apa?
Jawab Kami : “Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui,”
Sabda Baginda Bukankah negeri ini dikenali sebagai “Al-Baldah”?
Jawab kami Bahkan.
Tanya baginda lagi: Kita ini di hari apa?
Jawab Kami : “Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui,”
Baginda berdiam seketika sehingga kami menyangka Baginda akan menukarkan nama yang lain.
Kemudian sabda Baginda : Bukankah hari ini hari Nahr Hari Sembelihan Qurban.
Jawab kami Bahkan.
Seterusnya Baginda bersabda : “Sesungguhnya darah kamu, harta kamu dan maruah kamu adalah haram di atas kamu sekelian, sepertinya hari kamu ini, dibumi kamu ini dan di bulan ini.

“Dan kamu akan menemui Tuhan kamu di mana Tuhan kamu menyoal kamu mengenai kerja-kerja kamu, beringatlah supaya jangan sekali-kali sesat selepas pemergian ku nanti di mana sebahagian kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
Bukanlah telah ku sampaikan?”
Jawab kami : Ya.
Sabda Rasululah (s.a.w.) Ya Allah Ya Tuhanku persaksikanlah, hendaklah yang hadir di antara kamu ini menyampaikan kepada yang tidak hadir. Kerana boleh jadi yang menyampaikan itu lebih baik dari si pendengar.”

Rujukan kitab Sirah Rasulullah (S.A.W.) oleh Shaikh Sofiy Al Rahman Al Mubarakfuri
Perterjemah Mohd Darus Senawi Ali.
Muka surat 826, 827, 828, 830, 831, 832,